Friday, November 6, 2009

yada~yada

hmmmm banyak betul perkara yang berlaku sepanjang bulan oct dan seterusnya bulan november ini.....pasal lelaki, pasal kerja, pasal emosi, pasal kewangan dan banyak lagi tiny things......
1.guys
waaaaaa kenapa la dia kerap sgt berada di mindaku ini....????? dia dah jauh dan mungkin mempunyai kenalan perempuan yang ramai di sana...tetapi kenapa aku masih mengharapkan dia walhal aku tidak pernah berbual dengan dia.....lagi satu, kalau nak diikutkan fikiran ku yang separa waras ketika ini nak saja aku confess dengan mak dia merangkap boss aku and tell her that i like your eldest son yang tengah study doctor itu and muda dr saya itu.....hahahahah sangat tidak sopan....kenapa aku suka sangat berangan-angan??? walhal aku mendapat tahu bahawa golongan umat terakhir ini gemar berangan-angan kerana ia membuang masa.....lagipun aku tahu bahawa kami tidak setaraf.....keran dia seperti bintang yang bekerlipan di angkasa dan aku hanyalah seperti tapak sulaiman yang tidak mempunyai nilai di dasar lautan....begitulah aku rasa sekarang... aku tidak mempunyai kepandaian serta kecantikan......tapi aku tahu menilai diri sendiri dan sedar aku berada di tahap mana.....perlukah aku menujukan lagu khas untuk dia...hihihihi....meet me half way.....
2.kerja
haaaaa ini satu lagi hal.....dilemma aku untuk memilih pekerjaan yang akan membantu aku di masa hadapan kelak.....aku sekarang bekerja di kumon...telah genap 3 bulan dan dapat merasa gaji sendiri...itu tidak dapat dinafikan aku sangat gembira....tetapi baru-baru ini ayah aku memberi aku offer sebagai kerani di sebuah firma yang baru di bina oleh rakan beliau, tetapi apa yang menjadi isu di sini ialah ia merupakan firma hartanah....property?? i dont know nothing about property and i totally dont like it, hati aku suka dengan pekerjaan seperti retailing.... dan dalam masa yang sama aku masih kerja di kumon dan aku sayang untuk lepaskan kerja yang aku sudah stable di sana....aku suka akan student-student ku yang pelbagai karenah itu...setiap kali mengingati mereka aku akan tersenyum sendiri...tetapi itulah, parents aku siap meminta kakak2ku supaya memujuk aku untuk menerima pekerjaan itu....lagi pula gaji dia sangat banyak berbanding gaji di kumon sekarang..tapi aku tidak pentingkan itu semua kerana aku lebih pentingkan hati dan perasaan aku ke atas sesuatu pekerjaan itu....walau apa-apa pun...aku akan memberitahu bapaku tentang permintaan aku yang satu ini iaitu untuk bertemu dengan boss di firma tersebut dan bertanya pelbagai soalan supaya aku tidak kekok untuk merasai pekerjaan itu nanti....tetapi itu semua belum ku khabarkan kepada bapa kerana aku khuatiri jawatan tersebut telah diiisi jadi aku akan meneruskan kerja ku di kumon seperti biasa.....
3.miscl
ngeeee aku rase perasaan aku emosi aku sedang bercampur baur kerana situasi yang banyak tidak kujangkakan ini....huhuhuaku hanya berharap Allah SWT akan memberi aku petunjuk....
aku juga memohon petunjuk kepadaNya tentang pasanganku...tetapi aku terasa diri ini macam desperate...haish.....mungkin disebabkan aku bergaul banyak dengan golongan yang telah berpasangan....heeee......terbawa-bawa sangat aku ni....
ok la, till then, itu sahaja catatan saya buat masa ini yang tengah mempunyai pelbagai masalah....
hope well, happy always!!!!

Friday, August 21, 2009

ALHAMDULILLAH.....

alhamdulillah....
aku bersyukur sgt....sbb hari ini start puasa n start bulan baru dlm kalendar islam...iaitu ramadhan....tak sabar rasenya nk sambut bulan yg penuh keberkatan nih....
aku juga bersyukur kerana perasaan aku kini sudah mulai pudar...mungkin ini hanya mainan perasaan dr godaan syaitan i guess...heheheh...
aku juga bersyukur kerana hari ni aku dpt spend time yg begitu bnyk dgn shbt baik ku...azirah...berjalan-jalan kami satu bangi tu...heheh..tetapi sedih kerana amira tidak dapat bersama kami kerana ada kelas hingga lewat petang...
seronok sgt....hari ini juga tak ramai student yg dtg tetapi aku tetap balik lewat juga krn ayahku solat trwh di masjid....jd kakaku yg menjemputku balik....
hari ini rezeki begitu murah...boss aku pn mahiran bagi kurma kpd setiap staff kumon...weeee alhamdulillah...semoga puan dimurahkan rezeki n dpt la sy berjumpa dgn anak puan lg???? hahahahah sungguh tidak sopan huhuhuhu....
apa-apa pun aku tetap bersyukur kerana diberi nikmat oleh Tuhan untuk bernafas dan hidup di muka bumi ciptaan-Nya ini....aminnn.... alhamdulillah....
semoga ramadhan kali ini akan memberi aku satu nikmat syukur yang tidak terhingga....amin....

Wednesday, August 19, 2009

PeRaSaaNkU

hmmm....setiap manusia dikurniakan dengan perasaan utk disayangi dan dicintai....
begitu juga aku....tapi kenapa aku tidak pernah merasai perasaan kasih sayang itu dari seorang lelaki? mungkin itu ujian dari Allah untuk aku tidak terlalai dibuai perasaan yang masih lagi haram tanpa ikatan yang sah di sisi agama....
ramai temanku mengatakan bahawa masa aku belum tiba lagi....ataupun aku tidak memohon doa dari Yang Maha Esa tentang siapa yang akan menjadi bakal pasanganku....huhuhuhu
kadang2 aku rasa terkilan juga...tetapi sudah ketentuan...mungkin Allah mahu berikan aku seorang lelaki yang baik....
tetapi itulah perasaan aku sekarang ini....bercampur baur dengan keinginan melampau dan rasa reserve untuk diri sendiri....huhuhuh aku tidak pasti semua itu
sejak aku mula bekerja...aku telah menemui seseorang yang bisa membuatkan perasaanku dan jantungku berdegup dengan pantas....aku tidak pernah merasakan getaran ini....
mungkinkah ini permainan syaitan yang inginkan aku tergoda dengan perbuatan zina mereka?? oohh tidak...aku masih lagi berpegang pada agama walaupun ilmu yang aku ada sementara ini hanyalah sedikit cuma.....
aku akur dengan perasaan sendiri....telah ramai yang aku rujuk bagi menyelesaikan masalah gelodak di hati ini....aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan....aku tidak pernah mempunyai perasaan seperti ini...Ya Allah tolonglah hambaMu yang hina ini....Kau berikanlah aku Petunjuk Ya Allah....