Friday, November 6, 2009

yada~yada

hmmmm banyak betul perkara yang berlaku sepanjang bulan oct dan seterusnya bulan november ini.....pasal lelaki, pasal kerja, pasal emosi, pasal kewangan dan banyak lagi tiny things......
1.guys
waaaaaa kenapa la dia kerap sgt berada di mindaku ini....????? dia dah jauh dan mungkin mempunyai kenalan perempuan yang ramai di sana...tetapi kenapa aku masih mengharapkan dia walhal aku tidak pernah berbual dengan dia.....lagi satu, kalau nak diikutkan fikiran ku yang separa waras ketika ini nak saja aku confess dengan mak dia merangkap boss aku and tell her that i like your eldest son yang tengah study doctor itu and muda dr saya itu.....hahahahah sangat tidak sopan....kenapa aku suka sangat berangan-angan??? walhal aku mendapat tahu bahawa golongan umat terakhir ini gemar berangan-angan kerana ia membuang masa.....lagipun aku tahu bahawa kami tidak setaraf.....keran dia seperti bintang yang bekerlipan di angkasa dan aku hanyalah seperti tapak sulaiman yang tidak mempunyai nilai di dasar lautan....begitulah aku rasa sekarang... aku tidak mempunyai kepandaian serta kecantikan......tapi aku tahu menilai diri sendiri dan sedar aku berada di tahap mana.....perlukah aku menujukan lagu khas untuk dia...hihihihi....meet me half way.....
2.kerja
haaaaa ini satu lagi hal.....dilemma aku untuk memilih pekerjaan yang akan membantu aku di masa hadapan kelak.....aku sekarang bekerja di kumon...telah genap 3 bulan dan dapat merasa gaji sendiri...itu tidak dapat dinafikan aku sangat gembira....tetapi baru-baru ini ayah aku memberi aku offer sebagai kerani di sebuah firma yang baru di bina oleh rakan beliau, tetapi apa yang menjadi isu di sini ialah ia merupakan firma hartanah....property?? i dont know nothing about property and i totally dont like it, hati aku suka dengan pekerjaan seperti retailing.... dan dalam masa yang sama aku masih kerja di kumon dan aku sayang untuk lepaskan kerja yang aku sudah stable di sana....aku suka akan student-student ku yang pelbagai karenah itu...setiap kali mengingati mereka aku akan tersenyum sendiri...tetapi itulah, parents aku siap meminta kakak2ku supaya memujuk aku untuk menerima pekerjaan itu....lagi pula gaji dia sangat banyak berbanding gaji di kumon sekarang..tapi aku tidak pentingkan itu semua kerana aku lebih pentingkan hati dan perasaan aku ke atas sesuatu pekerjaan itu....walau apa-apa pun...aku akan memberitahu bapaku tentang permintaan aku yang satu ini iaitu untuk bertemu dengan boss di firma tersebut dan bertanya pelbagai soalan supaya aku tidak kekok untuk merasai pekerjaan itu nanti....tetapi itu semua belum ku khabarkan kepada bapa kerana aku khuatiri jawatan tersebut telah diiisi jadi aku akan meneruskan kerja ku di kumon seperti biasa.....
3.miscl
ngeeee aku rase perasaan aku emosi aku sedang bercampur baur kerana situasi yang banyak tidak kujangkakan ini....huhuhuaku hanya berharap Allah SWT akan memberi aku petunjuk....
aku juga memohon petunjuk kepadaNya tentang pasanganku...tetapi aku terasa diri ini macam desperate...haish.....mungkin disebabkan aku bergaul banyak dengan golongan yang telah berpasangan....heeee......terbawa-bawa sangat aku ni....
ok la, till then, itu sahaja catatan saya buat masa ini yang tengah mempunyai pelbagai masalah....
hope well, happy always!!!!

No comments:

Post a Comment